KOTA KINABALU: Seramai 102 mangsa banjir daripada 36 keluarga di Beaufort telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon, setakat tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

PPS itu telah dibuka sejak pukul 4 petang semalam berikutan situasi banjir kilat susulan hujan berterusan.

"Pemantauan diteruskan di lokasi hotspot di daerah berkaitan berikutan hujan lebat masih berlaku sehingga setakat ini," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA